warkah buat sang suami....

Isteri binti Perempuan

17,Jalan Angkasa,24300,

KemamanTerengganu.


Suami bin Lelaki

17,Jalan Angkasa,24300,

KemamanTerengganu.


13. julai 2010


PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat pihaktuan bertarikh 31 April 2006.

2. Dengan ini saya menolak permohonan pihak tuan untuk menambah carta organisasi yang baru saya perolehi setelah tiga tahun. Memandangkan keadaan semasa dan ekonomi yang tidak memberangsangkan ini pihak tuan adalah dinasihatkan supaya tidak membuat "window shopping" di akhir tahun.

3. Pihak tuan juga digalakkan "mengukur baju di badan sendiri" dan"melihat cermin muka sendiri' akan diri tuan sebelum menilai saya. Pihak saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah bunyi-bunyian atau serangan terhadap "pihak ketiga" yang bukan termasuk dalam senarai keperluan seperti yang disyaratkan pada perkahwinan pertamapihak tuan.

4. Bagi masalah kerja lebih masa dan pantauan pihak tuan, untuk maklumat pihak tuan saya tidak pernah menuntut elaun kerja lebih masa ataupun bonus di akhir tetapi memandangkan komited saya terhadap organisasi saya ingin menjadi yang terbaik dan terhebat. Oleh itu alasan pihak tuan adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima sama sekali.

5. Sehubungan dengan itu, sekiranya pihak tuan ingin mengemukakan rayuan terhadap permohonan ini pihak tuan haruslah mempertimbangkan tindakan mahkamah dan dengan senyuman manis pihak tuan haruslah melepaskan segalanya harta dari hujung rambut sampai ke hujung kaki dan dari langit sampai kebumi segala harta pihak tuan hendaklah diletakkan atas nama saya.

Sekian, terima kasih.

"BERKORBAN DEMI ALLAH BUKAN NAFSU SEMATA""

BERKHIDMAT UNTUK KELUARGA"


Yang Benar,

Isteri bin Perempuan.



sk. Pak Mertuaku

Mak Mertuaku

Abang dan kakak iparku

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2012 Reserved to Czu Cyg's Blog
Design by Ccicute Design