Showing posts with label nukilan. Show all posts
Showing posts with label nukilan. Show all posts

jagalah hati....

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya illahi
Bila hati kian bersih, pikiran pun kian jernih
Semangat hidup kan gigih, prestasi mudah diraih
Namun bila hati busuk, pikiran jahat merasuk
Ahlak kian terpuruk, jadi mahluk terkutuk
Bila hati kian suci, tak ada yang tersakiti
Pribadi menawan hati, ciri mukmin sejati
Namun bila hati keruh, batin selalu gemuruh
Seakan dikejar musuh, dengan Allah kian jauh
Bila hati kian lapang, hidup sempit tetap senang
Walau kesulitan datang, dihadapi dengan tenang
Tapi bila hati sempit, segalanya makin rumit
Seakan hidup terhimpit, lahir batin terasa sakit

kerana pulut santan binasa... kerana mulut badan binasa....

"Lidah adalah anugerah Allah kepada manusia untuk berkomunikasi dan mengeluarkan perkataan yang baik tetapi ia sering disalahgunakan untuk mengeluarkan perkataan yang mendatangkan keburukan seperti menyebar fitnah, dusta dan bermaksud buruk yang membawa niat untuk menjatuhkan maruah orang lain."

kerana MULUT manusia bertanya
kerana MULUT manusia berjaya
kerana MULUT manusia berani
kerana MULUT manusia berhati-hati
kerana MULUT badan binasa
kerana MULUT ada yang kecewa
kerana MULUT ada berkecil hati
kerana MULUT ada yang mencuit hati
MULUT dicipta untuk mengisi
perut dengan rezeki
MULUT dicipta untuk berzikir
menyebut nama Illahi
MULUT dicipta untuk berbakti
kepada insan-insani

jagalah MULUT dari mengeji
jagalah MULUT dari mencaci
jagalah MULUT dari mengata
jagalah MULUT dari menghina


kerana MULUT musuh ditemui
kerana MULUT teman berkecil hati
kerana MULUT ada yang menangis
kerana MULUT hati terguris

WANITA DAN LELAKI

lembut wanita kerana senyumannya..
cekal wanita kerana beraninya..
patuh wanita kerana kesetiannya..
sabar wanita kerana imannya..
kasih wanita kerana belaiannya..
lemah wanita kerana airmatanya..
ikhlas wanita kerana simpatinya...
pendam wanita kerana cemburunya..
sayang wanita kerana sikap keibuannya..

tanpa wanita LELAKI MENJADI LEMAH..
kerana wanita jugalah LELAKI MENJADI KALAH..

Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung....

Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

Anda seorang yang istimewa dan unik.
Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.
Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya....
 

Copyright © 2012 Reserved to Czu Cyg's Blog
Design by Ccicute Design