Showing posts with label keje. Show all posts
Showing posts with label keje. Show all posts

saye sgt stressss dgn keje... huhuhu.... =(

ntah kenape skrg nie aku rase tension sgt dgn kje aku... sume aku rase xkene je dgn aku... huhuhu...   

TIPS UTK HILANGKAN STRESS...

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk 
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an 
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat 
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah 
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah 
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan 
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati 
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri 
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri 
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya


kredit to : http://www.masjidalmukarramah.org

KURSUS KOMUNIKASI BERKESAN DAN KETRAMPILAN (20-22 JULY 2011)


Czu Cyg kongsi skit ape yg czu blaja mase kursus nie... layannnnnnnnn..... 

KEMAHIRAN MENCIPTA INTER-PERSONAL  (CIPTA MAGNET DIRI)

Semua orang dilahirkan dengan peluang yang sama. Siapa kita pada hari ini, adalah apa yang kita pilih pada hari semalam. Siapa kita pada masa akan datang, adalah bergantung kepada keputusan yang kita ambil pada hari ini… Life is a sum of all your choices.

Untuk menjadi pemimpin mahupon ketua, kita perlu ade magnet diri iaitu satu kuasa untuk mempengaruhi orang laen untuk mendengar arahan kita. Elemen penting dalam magnet diri merangkumi 15% jawatan, 30% ilmu yang kita ada dan selebihnya adalah personaliti kita. Bukan semua yang berjawatan tinggi mempunyai pengaruh yang besarrrrrrrrrr… jika anda mempunyai ilmu mahupon personaliti yang baik, tanpa jawatan yang bgusss anda juga mampu untuk mempengaruhi rakan disekeliling…. (nie dh terbukti dlm opis sy, sbb boss pon org xnk dgr ckp die, tp yg “bkn bossy” nie org dgr lak ckp die sbb die mmg seorang yg bguss dlm berkomunikasi dan berjaye mempengaruhi org laen…ngeh3x…. )

Memberi adalah syarat untuk menerima…. Klu nak org hormat kita, kita kene la hormat org dulu yeh…. Klu nak org sayang kita, kita kene la blaja utk sayang org itu…. Tetttttttttt… klu nk org bnje kita, kene la bnje org mkn dulu ye…. Mcm tue la citer nye… What you give, you get back.

Pastue kan die ajar sy, cara2 nk menegur kesilapan orang dgn sopan lg santun nye… klu nk tegur jgn arr direct je sound org… puji dulu die… pas2 tegur die dgn memberi cadangan penambaikan… last sekali bg die kenyakinan yg die boleh buat benda yg kita tegur tue… jgn buat die rase bodoh bile kita tegur die… sbb die akan rase downnn sangattttt3x… Seek first to understand to be understood... klu nk sound org bayangkan la klu kita kt tempat die mcm mne... so, bkn xblh tegur.. blh tegur tp dgn cara berhemah la ye...

Nothing impossible, just do it…. Ingatla ayat nie sampai bila2 pon ye… jgn pernah putus asa untuk membuat sebarang kebaikan dlm hidup kita… contoh terbaik adalah smbg blaja… mgkn kita akan bg alasan xpandai la, xde mase la, xsempat la, byk keje la smpi kta xdpt nk smbg blaja… sebenarnya sume tue hanyalah ALASANNNN untuk org yang MALASSSSS untuk berubah dlm kehidupan… wlupon kekadang kita gagal… jgn sesekali putus asa...  blaja untuk lebih cemerlang pada masa akan datang… Learn from ur mistake…

Last sekali… kita sentiasa ada pilihan untuk buat apa sahaja dalam diri kita… pandai2 la pilih dan buat keputusan dalam kehidupan anda…. GOOD LUCKKKKK…. Sume kawannn3x… =) pilih jgn xpilih… pilih jgn xpilih….

HOTEL MORIB IMPIAN, BANTING...


BILIK SAYE.... KONGSI DENGAN SEORANG LG KAWAN...


VIEW DEPAN BILIK CZU.. MENGADAP KOLAM RENANG...HIK3
PENCEMARAH 1... CHARLES MOHAN DARI NTV7
 PENCERAMAH 2.. AMIN IDRIS... PENGACARA TV AL-HIJRAH...






cian sama itu mak cik....

pagi2 ko dtg lambat... pas2 melenggang2 dlm opis (dgn handbeg buruk yg dh bpe thun xtukar agak nye) mcm nk jual kangkung kt pasar... ptg2 ko sibuk2 nk arah aku itu ini... dh panas2 cm skrg nie mmg kene sound arr dgn haku... hahaha... =) 

ade ke pasal tgh panas2 suh aku g ukur jalan... ko rjin sgt nk ukur jalan tgh2 panas silekan la... aku xnk pening2 pale... giler ke hape... pagi2 buta xnk bg arahan... 

dh tgh rembanggggggg nk suh aku g sukat jalan... xde makne nye aku nk dgr arahan ko... bg arahan pki pale otak... bkn pki pale lutut... ade otak gune, bukan simpan je... 

czu sgt marah n klu xblh xnk tgk muke itu mak cik bile sy tgh rjin coz die selalu buat sy hanginnnnnnnnnnnn je... 

pypy... out... amik angin jap... tuk hilangkan angin kusssss3x... hehehe... =)
 

Copyright © 2012 Reserved to Czu Cyg's Blog
Design by Ccicute Design